Want your
own Fotopage?
























 
I Love My Family

By: Nismah Haji Salleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Friday, 26-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
NEW DELHI , AGRA DAN JAIPUR INDIA

India adalah salah satu negara yang memang saya impikan nak pergi tapi setiap kali nak
pergi ada saja halangannya.............. mesti pun kami terpaksa menampu berapa cubaan
tetapi akhirnya impian kami tercapai juga. Berapa hari sebelum kami berangkat ke sana
terjadi peristiwa serangan pengganasan di Mumbai tapi perkara tersebut tidak mematah hati
kami untuk pergi. Dan paling teruk halangannya ialah ketika kami sedang Q untuk check in
tiba-tiba pekerja di kaunter memberi tahu bahawa kami tidak boleh pergi ke India kerana
tiada visa.... terus seluruh badan terasa lemah. Kami tidak tahu India memerlukan visa.
(dah terlampau excited nak pergi sampai lupa nak bertanya)
Hampir sahaja kami tidak jadi pergi tapi pekerja kaunter yang sungguh baik hatinya telah memberi
kami harapan dan menerangkan masih ada lagi satu penerbangan disebelah petang
dan jika kami sempat membuat visa kami boleh mengikut penerbangan tersebut..........
Dan di shortkan crita akhirnya kami berjaya juga terbang pada petang itu...................


Pertama kalinya tiba di Delhi, aku agak terperanjat melihat keadaan trafik yang kucar-kacir
serta pencemaran udara yang teruk. Perjalanan menuju hotel penuh dengan sampah sarap.
Pada masa itu terus teringat pesan kawan2 yg pernah ke India dan apa yg mereka katakan itu
memang benar belaka.
Pada esok harinya kami dibawa melawat Qutub Minar, Red Fort dan Jama Masjid
(sebuah masjid tertua di Delhi). Kami tidak sempat ke Gandhi's Memorial,
dan Delhi Gate. Kami hanya melihatnya melalui kereta yang membawa kami.
Gambar pun tak sempat nak ambil.

QUTUB MINAR

RED FORT

JAMA MASJID

Esok harinya kami berlepas ke Agra perjalanannya mengambil masa lebih kurang 4-5 jam.
Setiba di Agra, kami melawat Agra Fort di mana Shah Jehan ditahan oleh anaknya
Aurengzeb kerana inginkan kuasa. kami meneruskan lawatan ke Taj Mahal.
Kawalan keselamatan di Taj Mahal amat ketat di mana barangan seperti telefon bimbit,
mancis, pemetik api, coklat, dan chewing gum tidak boleh dibawa masuk.
Kami perlu melalui pintu keselamatan di mana wanita dan lelaki mempunyai pintu
berasingan ( seperti airport di negara Arab) untuk pemeriksaan badan dan semua barangan
yang dibawa masuk perlu melalui mesin x-ray. Untuk melawat Taj Mahal, kami
perlu menyarung stoking plastik yang dipakai untuk menutup kasut bagi menjaga
kebersihan dan keindahan bangunan tersebut. Kami semua terpegun buat seketika
dengan keindahan Taj Mahal yang sememang termasyur sebagai salah satu keajaiban
dunia. Taj Mahal merupakan monumen yang dibina oleh Shah Jehan untuk memperingati
isteri tersayang, Mumtaz Mahal, yang meninggal dunia.
Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar di atas kerusi di mana Princess Diana
telah bergambar.




Keesokkan harinya lagi kami meneruskan lawatan perjalanan ke Jaipur. Perjalanan ke Jaipur
mengambil masa 5-6 jam. Jaipur dikenali sebagai Pink City kerana kebanyakan bangunan
dicat warna merah jambu. Setibanya di Jaipur kami terus di bawa melawat Amber Fort,
Observatory dan City Palace.

AMBER FORT

CITY PALACE

HAWA MAHAL DI PINK CITY



kak nismah, suruh aji buat taj nismah satu kat KK....boleh kita org melawat lak.....nak gi India, tak mampu.... Sat 28-Mar-2009 19:07
Posted by:unnamed
Laaaaa.............. itu kena tunggu akak meninggalkan dunia dulu baru boleh buat..........isk...isk...isk......sedih....sedih...... Wed 1-Apr-2009 00:48
Posted by:Kak Nismah hynis72@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 3-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PERTH , AUSTRALIA

Australia......Australia........kami datang lagi................ tapi kali ini kami ke Perth
di sebelah Southwest Australia.
Sebelum ini kami pernah di sebelah Southeast sahaja seperti Brisbane, Sydney ,
Canberra dan Melbourne.
Kami d Perth selama 5 hari tapi tak banyak tempat yg kami dapat tengok.
"Itulah, mama lagi banyak shopping dari jalan-jalan!!!" kata Adam....... hehehee.
Kami menyewa kereta di sana so tulah senang nak angkut brg shopping....hehehee.
Tempat yg paling jauh kami pergi semasa di sana ialah Pinnacles Desert,
5 jam perjalanan dari bandar Perth. Pinnacles desert terletak di Shire of Dandragan,
merupakan gurun yang dipenuhi ribuan pilar-pilar batu kapur alami, menyembul
dari gurun pasir. Ukuran batu-batu tersebut bervariasi, dari sekecil2 batu hingga
yang yang lebih tinggi dari atap rumah. Pembentukan Pinnacles adalah proses
ribuan tahun. Sekitar enam ribu tahun lalu,










Care to comment?


Friday, 31-Oct-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
25 ANNIVERSARY




Another year to create
precious memories together.
Another year to discover
new things to enjoy about each other.
Another year to build
a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen
a marriage that defines "forever."

omedetou... Thu 6-Nov-2008 18:56
Posted by:~ZM~
Add comment


Wednesday, 1-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
RAYA 2008





INDAH LANGIT KERANA AWAN
INDAH LAUT KERANA KEBIRUAN
INDAH RAMADHAN KERANA KEINSAFAN
INDAH AIDIL FITRI KERANA KEMAAFAN

SALAM SYAWAL , MAAF ZAHIR & BATIN
SELAMAT HARI RAYA
DARI KAMI SEKELUARGA

laa...adam dah pakai specs, mesti sbb rajin belajar byk membaca...
tima kasih sbb upload kak nismah...lama x tgk rindu laks...
Fri 24-Oct-2008 21:28
Posted by:unnamed xayieda@yahoo.com
eeeeee c ika dang kerukutttt...

baju mama tu banar2 belabih eh ehehehe

bdw lain jga lantai kampung tu a ma... mcm terapung kmu b tgk... scaryyyyyyyy
Thu 30-Oct-2008 09:51
Posted by:bibi anak mu cayang
Selamat Hari Raya kak....
Maaf dr kami Sweet Moments Team, Melaka
Sat 1-Nov-2008 05:39
Posted by:akina and mamantaro san  - [Link]
Add comment


Monday, 18-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
UMRAH 2008



ALHAMDULILLAH TAHUN INI KAMI BERPELUANG LAGI MENGERJAKAN UMRAH DAN KALI INI KAMI PERGI SEKELUARGA. INYSA'ALLAH KALAU ADA REZEKI DAN UMUR PANJANG KAMI NAK BUAT TIAP-TIAP TAHUN....INYSA'ALLAH............

Care to comment?


Friday, 1-Aug-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
IKA BEAUTY & BRIDAL

Persiapan terakhir....."IKA BEAUTY & BRIDAL
 
 
View all 21 photos...
At last my dream come true


With my staf.... Dk Asnita & Dk Siti Hamidah


Sebahagian Baju pengantin yg ada di "IKA BEAUTY & BRIDAL

Care to comment?


Monday, 23-Jun-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Syafiqah jadi model My Bridal Shop.......?

 
 
 
View all 21 photos...
Coming soon........ aku nak buka kedai baju kahwin pula..... tapi sekarang ni tengah pening kepala kedai tak siap2 lagi .... banyak aja halangannya .....harap2 bulan depan ni dah boleh buka





Tq Mamantaro kerana sudi nak tolong promot kedai akak. Kedai akak terletak di Taman Indah Permai , Jalan Sepanggar ,Kuala Menggatal ,Kota Kinabalu , Sabah.
Tel No: 088 495272 or 088 495372
Fri 31-Oct-2008 13:31
Posted by:Hjh.Nismah
Salam buat Yusz............ harga psp Guangzhou 800yuan (Rm400.00) Fri 31-Oct-2008 13:37
Posted by:Hjh.Nismah
Terimakasih pn hjh atas info-wah boleh beli 2 bijik ni(utntung lg duit kita..) Mon 3-Nov-2008 04:04
Posted by:Yusz azri_akid@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 27-May-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
BERCUTI DI EUROPE ( LAST PART - PARIS )

Tiba di Paris
 
"Avenue President Kennedy" tmpt Im & Mai Tinggal
View all 46 photos...
Percutian kami berakhir di Paris. Kami menumpang di apartment Imran dan Maisarah yang kebetulan pada masa kami datang mereka pergi mengerjakan umrah di tanah suci. Yang ada cuma pembantu rumahnya Adik Yuni. Sedih juga tak dapat jumpa Im & Mai. Tujuan sebenarnya cuti ini memang nak jumpa mereka tapi tak apalah...... inysa'Allah klu ada rezeki dan umur panjang kita akan dapat berjumpa juga nanti. Kami sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Im & Mai kerana sudi tumpangkan kami di apartment yang sungguh indah dan cantik. Dan terima kasih juga buat adik Yuni yang sudi memasak utk kami .....Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Teringat pula waktu kat Jepun..... kami pernah juga menumpang rumah mereka di Urasa yang kebetulan pada masa itu mereka balik ke Malaysia. Agak2nya.......bilalah pula mereka nak datang Sabah dan menumpang di rumah kami ya...........


wah wah...dah cuti cuti ke europe....k/nismah nampak slim le skarang...makin jelita gituk hehehehe.. jauh benar akak nak order koi ha....org sabah dok putrajaya/bangi/kajang boleh le cheq pi anto kalau ode Tue 10-Jun-2008 08:02
Posted by:zanaz  - [Link]
Haji & Kak Nismah, maaf lambat reply ur email as well as ur comment on our fp. Bukan apa, internet dan telefon kami kat rumah rosak sejak hari Isnin baru ni....maaf ye, ni pun guna emel dan time ofis ni...terpaksa.

Pasal jd tetamu kat rumah saya tu...tak yahlah cakap apa2 dah mmg rezeki Haji, Kak Nismah sekeluarga. Lagipun kami happy sbb ada org boleh ddk rumah, dan tgk2kan rumah dan Yuni tu, iyelah, dia pun br di Paris, baru 2 bulan; rumah pun bukan elok dibiarkan kosong. Dgn kedtgn Kak Nismah sekeluarga, tentu rumah tu terus diberkati, insyaAllah. Hj, Kak Nismah, am glad ur family like the house as much as we do. Lawak gak tgk gaya2 candid Kak Nismah sekeluarga kat rumah saya tu, alah biasa je tu, it shows our closeness sejak berkawan 8 tahun lepas.

Mmg terkilan gak tak sempat jumpa, tp itu semua ketentuanNya, insyaAllah dikesempatan lain agaknya. Ha...thank you very much for all the gift utk bebudak2...seronok tak terkata bila dorang dpt present tu, and Mai pun suka tudung dan brooch tu...Kak Nismah utk saya tak de ke???......hehehehe , gurau je tau. Doakan Hj dan Kak Nismah utk kami sekeluarga jauh lebih berharga buat saya berbanding segala yang lain. Apapun thank you ye.

Pasal halal makan minum tu....alamak jgnlah ckp2 mcm tu, apa sgtlah ada kat rumah saya tu, tak yahlah kira/ckp lagi bebenda tu, segalanya rezeki Allah swt yg patut kita kongsi dan hargai bersama. Jumpa lagi nanti ye.
Wed 11-Jun-2008 08:40
Posted by:Imran imranabdu@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 27-May-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
BERCUTI DI EUROPE ( PART 3 - ROME )

No visit to Rome is complete without having seen its.......
.....magnificent Colosseum......
Colosseum for animal fighting and ......
View all 28 photos...
Kami menaiki kapal terbang tambang murah sekali lagi ke Rome tapi kali ni namanya "RyanAir" . Kadang-kadang terfikir pula...... agaknya kamilah orang melayu yang sanggup naik kapal terbang tambang murah kat negara org putih ni...... saya katakan ini adalah kerana dalam kedua-dua pernerbangan yang kami naiki kamilah sahaja org melayu..... yg lain tu semuanya mat salih.....heheheee


Rome.... kata org kita
Roma.... kata org Italy
Klu nak ikut kata
Biar cukuplah sekali
Aku dtg ketempat mu Roma
Kerana aku lebih sukakan Venice.....



wahh!!! time b pergi fontana di trevi tgh hari pun ada statue liberty tu!!! tahan lama a dia!!! Fri 27-Jun-2008 19:39
Posted by:bibi anak mu cayang
Add comment


Monday, 26-May-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
BERCUTI DI EUROPE ( PART 2 - VENICE )

Berdiri di jambatan "Ponte di Rialto"
"Ponte di Rialto" the only way to cross the Canal Grande
Di bina pada tahun 1554-1591
View all 31 photos...
Lusanya kami menaiki kapal terbang , tambang murah yang bernama "EasyJet" terbang ke Venice, Italy.

"Venice kota impian ku....
aku telah datang kepada mu.....
Maka sembutlah aku dengan perahu Gondola mu.....
Bukanlah Venice namamu kalau aku tak menaikimu
Oooo.....Gondola....hehehee"



eee ikut2 org ambil gmbr hantar poskad eee!!!! eee ikut2 org gambar ada merpati atas kepala juga eeee!!

geramnya bbbbbb!!!
Fri 27-Jun-2008 19:42
Posted by:bibi anak mu cayang
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.